Friday, December 24, 2010

Cantiknya Bunga Kebangsaan Kita

Spesis bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun. Dalam istilah saintifik ia dikenali sebagai ”Hibiscus” yang sering ditanam sebagai pokok hiasan di halaman-halaman rumah rakyat malaysia.

Pada akhir tahun 1958, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk mencari bunga yang sesuai untuk dijadikan sebagai bunga kebangsaan. Antaranya adalah bunga-banga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Pada 28n Julai 1960, setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan, bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Bunga raya memang cantik ditanam di halaman rumah kita samada ditanam di atas tanah ataupun di dalam pasu. Ada pelbagai jenis dan pelbagai warna yang dapat meyerikan lagi halaman rumah kita. Bunga raya akan berkembang sehari sahaja dan akan kuncup dan gugur pada keesokkan harinya. Tetapi bunganya akan kembang dengan banyaknya jika selalu dibaja dengan baja bunga.

Post a Comment

Powered by Blogger.

Kenapa?

Terhangat!