Friday, December 24, 2010

Spesis bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun. Dalam istilah saintifik ia dikenali sebagai ”Hibiscus” yang sering ditanam sebagai pokok hiasan di halaman-halaman rumah rakyat malaysia.

Pada akhir tahun 1958, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk mencari bunga yang sesuai untuk dijadikan sebagai bunga kebangsaan. Antaranya adalah bunga-banga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Pada 28n Julai 1960, setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan, bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Bunga raya memang cantik ditanam di halaman rumah kita samada ditanam di atas tanah ataupun di dalam pasu. Ada pelbagai jenis dan pelbagai warna yang dapat meyerikan lagi halaman rumah kita. Bunga raya akan berkembang sehari sahaja dan akan kuncup dan gugur pada keesokkan harinya. Tetapi bunganya akan kembang dengan banyaknya jika selalu dibaja dengan baja bunga.

Sunday, August 9, 2009

Mari Berkebun Di Rumah
Penyediaan Tanah Untuk Tanam Sayur
  • Sediakan pasir, tanah liat dan bahan organik.
  • Gunakan sedikit kapur pertanian dalam campuran tanah bagi mengurangkan asid dalam tanah.
  • Gaulkan tanah sehingga bercampur mesra untuk hasil tanaman yang baik.
  • Pastikan tanah disiram terlebih dahulu.
Cara Tanam Sayur Secara Asasnya Melalui Kaedah Berikut:-
  • Melalui biji benih yang baik
  • Melalui pembiakan tampang iaitu keratan batang atau pucuk dan juga melalui bahagian khas iaitu bebawang, rizom, umbisi atau akar


Pokok yang hendak ditanam hendak mengikut kesesuaian halaman rumah kita. Ini adalah bagi membolehkan kita menerapkan elemen hiasan lain seperti :-


  • Gazebo

  • Pergola

  • Kolam

  • Laluan taman

Pemilihan pokok juga perlulah sesuai dengan keluasan halaman rumah kita. Jangan tanam pokok yang boleh merosakkan permukaan simen kediaman.


Dapatkan kepastian dari penjual anak pokok samada pokok tersebut mudah menggugurkan daun atau tidak. Kalau asyik gugur daunnya, kena selalulah kita membersihkan halaman rumah kita.


Janganlah kita menaman pokok yang mengeluarkan susu getah yang beracun apabila batangnya luka.



Powered by Blogger.

Kenapa?

Terhangat!